;

Berapa Ramai Yang dah Melawat

counter

JANJI & SABAR

TIDAK ADA JANJI YANG BENAR BENAR DI DUNIA INI HANYALAH JANJI MATAHARI PADA ALAM YANG AKAN TERBIT PADA HARI ESOK

Di antara perkara yang mudah dicerita,
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati,
hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan,
cuma ada sentuhan.

RENUNGAN

"Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,

akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis Sahih Riwayat Muslim)"

Islamic Hijri Calendar

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. " Siapakah golongan yang rugi itu? Mereka adalah golongan yang bermegah-megah mengejar kehidupan duniawi.

Jom Dengar NasyidFM < WADAH HIBURAN TERKINI

;

renungkan sejenak

Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha.. 1430H

ALLAH HU'AKBAR... ALLAH HU'AKBAR.. ALLAH HU'AKBAR.
(TAKBIR RAYA BERKUMANDANG DI PAGI 10 ZULHIJJAH 1430H)

memecah sunyi pagi hari membelah suasana hening yang damai dengan memuji kebesaran Zat Allah. Damai nan Indah suasana dengan cuaca yang agak cantik dan berseri di pagi Zulhijjah. Syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi Nafas dan Jasad untuk di pinjamkan menikmati keindahan semua ini.

kehadiran 10 Zulhijjah tahun ini agak meriah jatuhnya pula pada hari jumaat hari peghulu segala hari dua dalam satu. Satunya Hari kebesaran dalam pengorbanan Nabi Ibrahim, Siti Hajar & anaknya Nabi Ismail. Dan keduanya Jumaat di jadikan penghulu segala hari. inilah satu satunya pengurniaan Allah kepada HambaNYA agar merenung segala pemberiannya dengan rasa syukur dan Taqwa kepadaNYA.

seperti biasa 8.30 pagi bergerak ke Masjid menunaikan solat sunat Aidil Adha yang bermula pada jam 8.45pg (kira agak lewat jugalah) , selesai solat sunat mendengar Khutbah selesai dalam jam 9.25 pagi, semua jemaah bergerak pulang dengan salam bersalaman di dalam masjid serta saling bantu membantu menyediakan peralatan untuk program korban di masjid. Oleh kerana badan tak begitu sihat aku terus balik ke rumah. Menjenguk dan menziarah umah saudara mara yang berhampiran.

tak habis di situ Mak Andak ajak pula ke Sungai Manik beraya di bendang katanya. Elok juga gerak hati ni. sebab dah lama tak tengok bendang heheh :) maka pergilah juga . best juga sampai di sana dlm jam 12.45 hampir masuk waktu zohor, Bersolat Jumaat di masjid di hujung bendang. memang cantik pemandangan di situ malangnya kamera aku tinggalkan di rumah tadi. hehhe :)

balik solat jumaat terus pergi kedusun buah buahan... emmm banyaknya buah... hehhe nanti tgk gambar tahu ler apa citernya ok?
baiklah nak citer panjang-panjang bukan kome nak baca sangat kan? heheh tak ngape lah ada citer nanti teman citerkan. setakat ni ajer

jumpa lagi nanti
Insya Allah
Salam Wassalam







Pagi di hari Raya Aidil Adha ... Aidil Adha teringatkan kawan sekolah rendah dulu yang bernamanya Ahmad Aidil Adha bin Ahmad Termizi di mana kah dia sekarang, di harap dapat bertemu kembali satu masa.

Raya sinonim dengan generasi kanak kanak mereka memeriahkan suasana

Ziarah menziarahi rumah jiran tetangga dan saudara mara menjadi amalan

Menjamu selera dengan juadah yang ada sebagai tanda syukur dengan rezeki yang di beri olehNYA

Menjenguk dusun buah dan melihat keindahan bendang yang terbentang luas



Antara buah-buahan yang ada.. Durian , Manggis & Rambutan

Menjenguk Tanah tambak di kawsan teluk Muruk, Lumut

Suasana senja di tapak Marina Bay, Teluk Muruk, Lumut

Pelangi petang & Main sawah bendang cari ikan laga

Monday, November 23, 2009

Aset Baru...

Salam Semua..

Fuuhhhhhh Lamanya tak update blog... sibuk dan letih dengan pelbagai urusan sejak dua menjak nie.. tu pasal mendiamkan diri dari meng'update' blog ni. tetiba malam ni teringat baru la update citer dalam blog ni tak banyak sikit jer. janji ada bahan.

Pertamanya nak citer keterujaan pasal CD di tandatangan oleh Dato' Siti Nurhaliza... hehhe jangan marah ek... pandang dan lihat betul betul... ermmm Thanks Dato' Siti Nurhaliza.. album "Tahajjut Cinta" memang menjentik sedikit hati jika benar benar hayati bait bait tersirat di sebalik dendangan suara penyanyi pujaan ramai ni.

CD yang di tanda tangan Oleh Dato'Siti Nurhaliza

mesti ada yang tertanya macamana boleh dapat tandatangan Dato' Siti Nurhaliza pada CD tu??? jangan di tanya... hehhe adalah Rahsia.. Thanks.... kepada yang berkenaan semoga Allah membalas jasamu..kerana merealisasikan hasrat diri ini. terharu dan bersyukur sangat sangat.


Saiz kecil dan besar dengan harga dan kuantiti berbeza didalam kotak yang menarik

Yang keduanya citer bab minyak Wangi One Drop Perfumes.. siapa yang masih belum mendapatkannya yang "ORIGINAL" boleh dapatkannya sekarang... nak order bgtau atau call jer ...insya Allah barang akan dapat secepat mungkin setelah menyerahkan pembayaran sekali gus , dan tak ada hutang hutang tau murah jer kotak kecil( 4 botol ) RM25.00 dan kotak besar ( 8 botol ) RM40.00 sahaja. ususniaga dalam Ringgit Malaysia dan Tunai sahaja. hehhehe

Baiklah rasanya ini sahaja yang hendak di ceritakan tp di sebabkan penat sangat badan ni perlu rehat, so berhenti setakat ini sahaja dulu ada masa akan saya sambung lagi insya Allah.


Wassalam...

Saturday, November 7, 2009

Rangkuman 3 dalam 1 (TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT , SUKAN & KURSUS

Assalammualaikum ...

Alhamdulillah syukur kehardat Allah s.w.t kerana dengan keizinanNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini... Selawat dan juga Salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat dan Keluarga baginda dapat kita menikmati keindahan Iman dan Islam hingga kekal ke hari ini. Ameen...

masih belum terlewat untuk menceritakan aktiviti dan program yang telah di lalui..di sini terpaksa saya rangkumkan 3 program dalam satu cerita.
pertamanya Temuduga kenaikan pangkat telah di jalankan di Alor Star , Kedah 2 hari 1 malam aku berada di sana bagi memenuhi kereteria temuduga. Usaha dan tawakal telah di aturkan kini berserah kepadaNYA sebagai penentu segalanya. Mudah mudahan Allah mengetahui apa yg tersirat di sebalik hati kecil ini. Ameen.

keduanya kisah Latihan Dalam perkhidmatan ( LDP) sukan telah di adakan di Stesen janaelektrik Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak . aktiviti sebegini adalah lazim di lakukan bagi membolehkan semua anggota saling kenal mengenali satu sama lain selain penat bekerja dapat juga sekali sekala merehatkan minda dari memikirkan kerja. selain itu Majlis mesra Aidilfitri juga di selitkan dalam LDP tersebut. agar Budget dapat di kurangkan dalam melakasanakan sesuatu. heheh :)

ketiganya penat jalan sana sini tak terhenti di situ sahaja nama sekali lagi naik untuk menghadiri kursus yang di adakan di Pulau Pinang, nak tak nak kena hadiri juga walaupun poket agak susut dengan perbelanjaan yang agak memberangsangkan semasa hari Raya yang lalu hehhe :). Walaupun kereta aku kurang sihat... namun di gagahkan juga aku membawanya ke sana kerana terpaksa. Di pulau Pinang kursus di jalankan selama 2 hari dan di beri cuti perjalanan pergi dan balik menjadikan 4 hari 3 malam. dapat gak la rehatkan badan.

rasanya cukuplah untuk setakat ini untuk di ceritakan dalam blog kali ni, insya Allah panjang umur akan ada lagi cerita yang bakal di lorekkan di sini.

sekian dahulu..


Lokasi tempat temuduga pejabat TNBD Alor Star, Kedah
Semasa dalam Perjalanan dari highway Utara Selatan (PLUS) Taiping ke Kedah
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Dewan Kelab Kilat S.J Chenderoh, Kuala Kangsar


Kursus NTSP di TNBD Jalan Anson, Pulau Pinang

Friday, October 30, 2009

Anugerah Yang tak ternilai

Assalammualaikum semua...
lama gak tak di updatekan Blog ni.. semakin nampak usang dan suram plak rasanya
pagi ni agak bosan ...so ambik keputusan Updatekan Blog dengan gambar gambar yang ada ni
hilang idea untuk meceritakan hari hari yang lalu..



Tuesday, October 13, 2009

JOM Jalan-jalan makan Durian

Assalammualaikum Semua...

Agak lama gak tak update blog ni.. mesti ada yang tertanya-tanya ke mana ler menghilangnya empunya blog ni pergi kn?? heheh :)
tak ada ke mana mana cuma agak sibuk dengan program program lepas raya , al maklumlah sibuk...

ni pun baru je balik dari Utara selesai Temuduga kenaikan Pangkat di Alor Star, Kedah 12hb. Entah la ada rezeki insya A llah ada lah... " kalau dapat pon bersebab dan tak dapat pon bersebab Allah nak beri " apa apa pun kita kena redha dan terima ketentuanNYA supaya tidak datang sikap putus asa.

tak ada apa cerita menarik hendak di kongsi dan di war warkan di sini hanyalah gambar gambar yang di ambil semasa cuti cuti di bulan Syawal...sempat lah makan durian dan jalan jalan.

sebenarnya ada banyak juga perkara yang hendak di coretkan di sini tapi belum ada masa yang sesuai untuk di ceritakan.. tengoklah nanti ada kelapangan akan ada la ceita tu nanti.. tunggu je...

oklah sekian sahaja.. jumpa lagi di lain waktu..

Wassalammualaikum!

Friday, October 2, 2009

Majlis Pernikahan & Persandingan

SALAM SEMUA...
26 & 27 hb yang lalu satu lagi sejarah tercipta apabila kawan kampung aku ni nikah, kawan yang sama sama berjuang memartabatkan budaya serta politik kampung, Juhaimi Janardin atau nama panggilan kampungnya Amy & Jayjay.. ermmm kenangan terlalu banyak nak di citerkan satu persatu tentang Amy ni. Beliau lulusan dari UUM sintok kedah bertemu jodoh pula dengan Junior UUM. Mereka berdua berkenalan pada bulan syawal tahun lepas dan di nikahkan pula pada Syawal tahun ini, itulah di namakan jodoh... semua ini di aturkan Allah. hebatkan...?? tak lama pun berkenalan tapi bila seru dah sampai semua berlaku dengan izin Allah jua.
Tahniah la Amy semoga terus aman bahagia & Kekal bahtera Rumahtangga yang di bina.
bertolak ansur serta sabar hendaklah dijadikan peganggan mengemudi bahtera rumahtangga. Insya Allah berkekalan .

"SELAMAT PENGANTIN BARU"







Monday, September 21, 2009

AidilFitri 2009

Salam AidilFitri

Hari Raya tahun ini agak kurang menyerlah dengan kehadirannya pada tahun tahun yang lalu. tu sebab tema raya tahun ini di pilih warna hitam.. (berkabung ke) huhuh entah le macam hilang serinya raya tahun ni. apa apa pun sana sini dapat di lihat kemeriahan nya.
idea kurang nak taip blog cerita dalam ni.

akhir kata selamat hari Raya Aidilfitri buat semua Maaf Zahir & Batin..













Tuesday, September 15, 2009

BILA QURAN BERKATA-KATA


Waktu engkau masih kanak-kanak,

Kau laksanakan, kawan sejatiku.

Dengan wudhuk aku kau sentuh,

Dalam keadaan suci aku kau pegang,

Aku kau junjung dan pelajari,

Aku kau baca dengan suara yang lirih atau pun keras setiap hari.

Setelah selesai, engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau sudah dewasa,

Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku.

Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?

Menurutmu aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu,

Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji?

Sekarang aku tersimpan rapi sekali,

Sehingga engkau lupa di mana aku di simpan.

Aku sudah engkau anggap hanya pengisi bilik stormu.

Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau di anggap bertaqwa,

Atau aku di buat penangkal untuk menakuti syaitan dan iblis.

Kini aku lebih banyak di singkir, di biarkan dalam kesendirian, kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci aku engkau pendamkan.

Dulu pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang, aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.

Sekarang seawal pagi sambil meminum kopi, engkau baca suratkhabar dahulu.

Waktu lapang, engkau membaca buku karangan manusia.

Sedangkan aku, yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzajawalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat ke kerja pun, engkau lupa baca pembuka surahku. (Bismillah)

Di dalam perjalanan, engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.

Tidak ada CD yang berisi ayat Allah s.w.t. yang terdapat di dalam keretamu.

Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu.

Mengasyikkan.

Di meja kerjamu, tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mula bekerja.

Di komputermu pun, kau putar muzik kegemaranmu.

Jarang sekali engkau putar ayat-ayat Allah s.w.t.

Emel temanmu, yang ada ayat-ayat Allah s.w.t. pun kau abaikan.

Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.

Benarlah dugaanku, bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba, engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan televisyen.

Menonton siaran televisyen.

Di depan komputer engkau betah duduk,

Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.

Waktu pun cepat berlalu.

Aku semakin kusam di dalam laci-laci mu,

Mengumpul debu, atau mungkin di makan hama.

Seingat ku, hanya awal Ramadhan kau membacaku kembali,

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu,

Engkau pun kini merangkak-rangkak ketika membaca ku.

Atau pun, waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sehingga kiamat tiba,

Engkau akan di periksa oleh malaikat suruhanNya.

Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong mu?

Yang pasti, ayat-ayat Allah s.w.t. yang ada padaku menolongmu.

ITU JANJI TUHANMU, ALLAH S.W.T.

Sekarang, engkau begitu enteng membuang waktumu.

Setiap saat berlalu dan akhirnya,

Kubur yang setia menunggumu,

Engkau pasti kembali, kembali pada Tuhanmu.

Jika aku, kau baca selalu dan engkau hayati,

Di kubur mu nanti,

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan,

YANG AKAN MEMBANTU ENGKAU MEMBELA DIRIMU,

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

DAN AKU LAH “AL-QUR’AN”, KITAB SUCIMU,

YANG SENANTIASA SETIA MENEMANI DAN MELINDUNGIMU.

Peganglah aku kembali, bacalah aku kembali setiap hari.

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzajawalla,

Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Yang disampaikan oleh Malaikat Jibril melalui Rasulmu.

Keluarkan lah aku segera dari almari, lacimu.

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu,

Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu.

Sentuhilah aku kembali,

Baca dan pelajari lah aku lagi.

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walaupun secebis ayat.

Seperti dulu, sewaktu engkau masih kecil,

Di surau kecil kampungmu yang damai.

JANGAN engkau biarkan aku sendiri.

P/S :syukran ustaz asri ubai...

Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Kuala Kangsar

11 hb yg lalu satu majlis berbuka puasa di adakan di sekitar kuala kangsar, perak semua anggota kerja hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut. agak meriah dan sedap gak makanan yang di sediakan. tak ada idea nak citer apa tgk je la pic yang ada tu ek?





Monday, September 7, 2009

BERBUKA PUASA BERSAMA RABBANI DI HOTEL SINGGAHSANA

Assalammualaikum...?
Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T , kerana dengan keizinannya dapat kita berbicara lagi dalam laman blog ini. Selawat dan salam buat junjungan Mulia lagi hebat Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat dan Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan pengorbanan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu , Iman dan Islam hingga ia kekal ke hari ini. Alhamdulillah.....

Agak lama juga tak update blog ini , yerlah sibuk dengan tugasan harian serta ketidak ketentuan fikiran ketika itu. baru baru ni saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa untuk berbuka puasa di Hotel Singgahsana , Petaling Jaya . Kuala Lumpur bagi memenuhi jemputan saudara Azadan ( Rabbani ) saya bersama sahabat saya menjejakkan kaki ke sana berbuka puasa.

ini adalah kali ke dua saya berbuka di sana tahun pertama ialah tahun lalu (2008) semasa adanya hayat Almarhum Ustaz. Asri , ketika berbuka pertama kali dulu ingat lagi doa doa saya kepada Allah agar memperkenankan doa saya supaya dapat berbuka satu masa nanti di Hotel Singgahsana bersama Rabbani. malah sejak bergelar kumpulan Nadamurni dulu pun saya ada membaca artikel sebuah akhbar mengenai show Nadamurni ( Rabbani) di Hotel Singgahsana.

Maha Suci Allah doa hambamu ini dimakbulkan... sungguh tak di sangka sangka. kali ini berbuka puasa tanpa Alhamrhum Ustaz Asri, namun Rabbani tanpanya nampak sedikit kekurangan. walau apa pun Rabbani tampil dengan serba yang mampu. Rabbani mampu berdiri insya Allah saya berdoa agar rabbani tidak mudah putus asa. Teruskan berjuang... Raya tahun ini juga Rabbani akan beraya di Dubai. sedikit sebanyak dapat membawa diri dari hati yang lara dengan mendapat jemputan dari Dubai nanti. Di harap Rabbani membuktikan apa yang termampu untuk di perjuangkan dan membawa misi Malaysia di sana nanti.

sebelum menamatkan coretan dalam blog ni ada di sisipkan gambar serba sedikit untuk santapan mata... lihat lihatlah ek?? apa apa pun selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa nanti.. jumpa lagi Insya Allah di lain coretan.

Akhir sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat Saudara Azadan ( Rabbani) sebab sudi bersusah payah menyediakan penginapan buat Saya dan Khair , Saudara Pyan ( Saujana) beriya iya bawa jalan sana sini di Kuala Lumpur, Ustaz saifuddin ( Singapore mari ), memecahkan suasana sunyi dengan gelak ketawa dan juga tazkirah agama yang cukup bermakna. Tak lupa juga Saudara & sahabat baikku khair yang banyak membantu saya dalam susah dan senang. Semoga kalian semua sehat sejahtera selalu dan ceria ceria di hari hari yang mendatang. mudah mudahan kita semua sejahtera hendaknya selalu... Ameen


Slogan 1Malaysia menghiasi ruang pintu masuk dan meja di dalam Hotel Singgahsana

Rabbani tanpa Ustaz Asri saudara Zulkifli Azman bakal menggantikan tempat beliau




makanan yang di ambil sebab meja kami kecik jer berdua jer meja romantik sungguh

Ramai para jemputan & juga penginap hotel berbuka

aturacara majlis

berbincang bersama dengan adik almarhum ustaz asri, Ustaz Ghazali dengan kumpulan Rabbani

Banner tribute untuk Alhamrhum Ustaz Asri di pasang pada pintu masuk Hotel

bilik surau untuk solat yang selesa untuk pengunjung hotel berkenaan

bergambar kenangan di depan pintu masuk hotel bersama adik ustaz asri, Ustaz Ghazali , Bro.Azadan & Ustaz syaifuddin

agak lewat malam sempat merewang sana sini bersama Ustaz Syaifuddin di restoran Rasa sayang

rasanya cukuplah gambar gambar ni kalau banyak taruh dalam ni pun bukan nak tengok sangat kan?? hehhee

sekian dahulu
Wassalam

Friday, August 21, 2009

Majlis Tahlil & Yassin di pejabat RABBANI

Salammunalaik'....
17hb yang lepas saya menghadiri satu majlis tahlil untuk Allahyarham Ustaz Asri bin Hj.Ibrahim, di pejabat Rabbani Productions Sdn.Bhd.Majlis di hadiri ramai rakan taulan Artis Nasyid tanahair serta sahabat handai Allahyarham. Majlis di jalankan dengan aktiviti solat Isya' Berjamaah , Membaca Surah Yassin , Bertahlil & Tazkirah mengenang jasa serta kenangan Allahyarham sepanjang melibatkan diri di arena Nasyid zaman Nadamurni & Rabbani. Majlis Bacaan Yassin di ketuai oleh Ustaz Rozi dan Tazkirah di selang seli oleh Ustaz Dinie Juri, Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin, Farihin Abd.Fattah, Isman Nadim ( Hijjaz) & Azadan (Rabbani).

Semasa
menceritakan detik detik kenangan mereka bersama Allahyarham part yang tak leh saya bendung airmata apabila saudara Azadan menceritakan pengorbanan Allahyarham sepanjang bersama sama mengerakkan misi dakwah melalui nasyid. Sungguh besar pengorbanan Allahyarham. SMS terakhir yang di kirimkan Ustaz kepada kawan kawannya juga di baca.. sungguh terharu apabila mendengarnya. banyak tanda tanda Allahyarham ingin meninggalkan kita buat selama lamanya dalam pada itu nampak niat ikhlas allahyarham mahu mengerakkan nasyid dengan bersungguh sungguh.

Azadan juga merayu supaya saudara Zul bangkit untuk meneruskan misi dakwah yang Allahyarham Ustaz Asri pesankan melalui pesanan SMS terakhir yang dikirimkan, saya juga berharap saudara Zul berdiri dengan penuh yakin mengerakkan Rabbani sepertimana rakan rakan Rabbani lain memberikan kepercayaan.

Sebagai peminat Rabbani saya yakin bahawa Rabbani boleh pergi jauh dengan pengalaman yang lama dalam Nasyid. Rata rata rakan nasyid lain seperti Raihan & Hijjaz boleh membantu jika di minta pertolongan... ini saya dengar sendiri abg Isman Nadim( Hijjaz ) berbual bersama di kaki lima pejabat Rabbani , ini jelas membuktikan ukhuwah dan keakraban kedua duanya sungguh erat. Teruskan perjuangan Rabbani...

Majlis tersebut berakhir dalam jam 11 malam tetamu di jamu dengan makanan bihun & nasi yang sungguh sedap... mudah mudahan pertemuan di malam tahlil tersebut membawa rahmat dan berkat untuk Rabbani terus berjuang kerana Rabbani tidak keseorangan dalam menempuh perjuangan tersebut.

Akhir kata mudah mudahan Roh Allahyarham Asri Bin Hj.Ibrahim aman dan Tenteram
"Nun di sana".

Ameen..












Konvensyen WIT Di TNB Bangsar

Assalammualaikum semua...

Bertemu kembali di dunia siber maya ... hehhe 17 ~ 19 hb yang lalu aku telah di pilih untuk menjadi pemerhati pada majlis konvensyen WIT di Dewan Kelab Kilat TNB Bangsar bagi mewakili 14 buah kumpulan WIT semenanjung Malaysia kecuali wilayah Utara ( Perak, Penang,Kedah & Perlis)

tak ada apa yang hendak di kongsikan pun sekadar gambar buat tatapan semua.. Johan Bagi keseluruhan di pegang oleh negeri Terengganu, Melaka di tempat ke dua & Johor di tempat ke tiga.

Saturday, August 15, 2009

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH

"SUBHANALLAH"

Indah dan cantiknya ciptaan Allah, tiada yang lebih cantik kejadian hanyalah Allah sahaja yang mampu menciptanya. Sekali lagi aku menjejakkan kaki di pantai Teluk Senangin mencari ketenangan dan menghirup udara segar di waktu petang hingga ke waktu senja hari.Tidak ada apa yang ingin di coretkan hanyalah ingin memaparkan keindahan pantai di waktu senja.
sama samalah kita hayati keunikan ciptaan Allah ini....

"SUBHANALLAH....MAHA SUCI ALLAH"


Thursday, August 13, 2009

PERGI TAK KEMBALI ( USTAZ ASRI ) RABBANI


Assalammualaikum semua ...

pasti semua dah mengetahui akan berita yang mengejutkan ini, pasti terpaku dan terdiam bila mendengar khabaran ini. "Ustaz Asri Rabbani telah pergi buat selama lamanya " itulah sistem pesanan Ringkas (SMS) yang aku terima dari seorang kawan pada jam 11.15pagi ... Ya Allah... besar sungguh Ujian yang di berikan kepada aku kali ini , kesedihan bagai tak dapat di bendung lagi... bergugur airmata bila mana teringatkan pesanan pesanan yang pernah beliau berikan ketika aku berada di saat getir menghadapi masalah .


Pyan(saujana) saya , Azadan, Arwah Ust.Asri, Jimy & Khai ( sahabat baik saya)

beliau banyak memberi doa doa apabila menghadapi sesuatu musibah... selalunya aku pasti akan bertanyakan khabar beliau di awal awal pagi atau sebelah petang ketika agak santai untuk berbalas sms. selalunya beliau akan membalas sesuatu akhirnya dengan " Ameen".


Ustaz Asri yang saya kenali adalah insan yang begitu Unik dan berpribadi Murni , baik hati, murah dengan senyuman, serta macam macam lagi yang tak tercoret di sini. pernah satu tika dulu saya bermimpikan Ustaz asri akan menerima anugerah "Datuk " lalu menalifonnya dan memberitahu beliau, dengan rendah diri beliau berkata tak adalah sampai ke tahap tu... kalau ada tu Ameen... begitulah gambaran peribadi diri Ustaz Asri.

Mengenali Ustaz Asri dari zaman Nadamurni lagi walaupun mengenali melalui kaset dan CD akhirnya di makbulkan Allah kami bertemu juga di satu Konsert Ambang Merdeka di perak pada tahun 2001 tak lama dulu. di situlah saya dapat mengenali Ustaz Asri dengan lebih dekat sehinggalah akhir Konsert Antara Dunia 2009.

ini adalah Gambar MMS yang Ustaz Asri kirimkan kepada saya

Akhir Konsert Antara Dunia lalu agak lewat malam saya berSMS lagi dengan ustaz bertanyakan apa perasaan ustaz bila show tadi katanya " inilah kali terakhir ana nak beraksi macam tu" merujuk pada persembahan menyanyi sambil duduk dengan lagu " MUNAJAT" ana memang betul betul berserah pada Allah diri ini... supaya hati ana berubah itulah antara kata kata akhir melalui pesanan sms yang di kirimkan kepada saya. saya tak mengesyaki apa apa yang bakal berlaku...

Tetapi bila mendapat khabar ini pagi tadi semua ini berkisar kembali segar dalam fikiran saya. Ya Allah sungguh tak di sangka semua berlaku dalam sekelip mata. Kepada semua Anggota Rabbani supaya bersabar dan redha dengan ketentuan yang Allah aturkan untuk kita, mudah mudahan Allah meletakkan Arwah di kalangan insan insan yang beriman dan syuhada'


Makan malam bersama di dataran ipoh,perak 2008

Pengorbanan Ustaz Asri sungguh besar dalam industri Dakwah melalui hiburan Nasyid di Malaysia ini,Malah dunia turut mengenali beliau . tetapi agak malang dan kecewa hati ini kerana setiap persembahan yang Rabbani & beliau persembahkan tidak ada mata yang membuka untuk menghargai sumbangan mereka ini, terutamanya apabila tibanya musim sambutan majlis Maulidurrasul atau Maal Hijrah satu kumpulan Nasyid pun tidak di panggil ke atas pentas untuk menerima apa apa anugerah yang boleh di kategorikan memartabatkan Islam.

apa apa pun beliau telah pergi dan tak akan kembali lagi.. sama samalah kita meyedekahkan Al-Fatihah buat arwah , dan kepada ahli keluarganya di harap dapat bersabar dengan dugaan yang di terima mudah mudahan Allah memberikan kekuatan kesabaran buat keluarga dan Ahli kumpulan Rabbani. Ameen



"KAMI AKAN SENTIASA MERINDUIMU"

"AL FATIHAH"


semasa show maal hijrah di Ipoh

ketika merasmikan Pejabat TNB di Pulau Pinang


Semasa mendoakan buat Saudara Azadan semasa menyambut hari ulangtahun pada tahun lepas


ketika mengadakan persembahan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Tanjung Malim(4/2009)

Tuesday, August 11, 2009

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52 TAHUN

Malaysia negara tercinta, tempat tumpah darah kita
Tempat dilahirkan, tempat dibesarkan
Tempat menerima bermacam-macam nikmat Tuhan
Ia perlu dijaga, perlu dimajukan, perlu dibangunkan
Jangan dibiarkan ia ternoda, jangan dibiarkan ia dirosakkan
Malaysia negara kita, kitalah yang menjaganya
Cintailah Malaysia, macam mencintai diri kita
Sumbangkanlah apa yang ada untuk negara Malaysia
Agar ia tetap berdaulat, dihormati sepanjang masa
Pagarlah Malaysia dengan iman, teguhkan iman dengan taqwa
Semarakkanlah dengan amal bakti, indahkanlah dengan akhlak dan harmoni
Bersatu padulah kita menegakkan amar makruf nahi mungkar
Bertolak ansurlah kita di sekitar yang tidak merosakkan
Malaysia kenalah jaga, inilah satu-satunya negara kita
Keselamatan hendaknya biarlah berlaku sepanjang masa
Gejala-gejala sosial hendaklah dibanteras di mana sahaja
Agar kehidupan kita bersama tidak terganggu dan tergugat
Ayuh, marilah kita bersama berbakti kepada ibu pertiwi
Menyumbang apa saja yang ada demi kedaulatannya
Jangan buang masa, jangan bertangguh-tangguh lagi
Paling-paling tidak kita doakan agar kedaulatannya kekal abadi..

Sunday, August 9, 2009

Selamat Bertunang.....

Salam Keceriaan buat semua...

semalam satu hari suntuk berjalan sakan menghadiri Majlis Doa Kesyukuran di Ipoh dan kenduri Tunang Besan Keluarga di Tapah , agak memenatkan jugalah Drive kete... Majlis Tahlil agak meriah gaklah dengan kehadiran penduduk Taman sebelum solat zohor di Ipoh, selesai makan kami semua bergerak pula ke Tapah. Sempatlah singgah ke Tesco Extra membeli keperluan dan Kek sempena Majlis tersebut. ( Lupa nk ambik gambar kek tu)

Majlis pertunangan dia adakan agakl ringkas tapi meriah. perbincangan di mulakan dengan sesi kenal mengenal dan hajat kedatangan rombongan pihak lelaki. Agar lancar serta memudahkan cara juga cara bertunang adat melayu perak ni.. ewah ewah hehhehe. Begitulah Syariat Islam menganjurkan pertemuan yang boleh membawa Rahmat dalam majlis yang di galakkan bila bertemu dan berpisah kerana Allah.

Setelah selesai sesi perbincangan penetapan Hagra dari pihak perempuan serta serba serbi yang perlu oleh kedua dua pihak oleh pemudah cara majlis , akhirnya keluarlah kata sepakat apa yang perlu bagi memudahkan tuntutan Agama kepada dua dua bakal pengantin .

apa yang perlu majlis dapat di jalankan seperti yang di jadualkan . sesungguhnya Manusia hanya merancang, Allah jualah yang menentukan segala galanya. mudah mudahan semua akan berjalan lancar.

Selamat Bertunang... kepada sesiapa yang baru dan bakal bertunang nanti hehehhe ... sekian sahaja....insya Allah jika ada umur yang panjang kita akan berbicara lagi ...

* Thanks Bro K

Wassalam




Friday, August 7, 2009

Suasana Kampung Damai & Bahagia

Salam & selamat Pagi semua...

Pagi ini sungguh nyaman dan damai, di harap kalian semua juga ceria seceria pagi yang indah dan damai ini.

Dah la malam tadi mata tak boleh di lelapkan , pusing kanan dan kiri masih juga tak boleh tidur. . Hampir jam 5 pagi masih belum boleh tidur walau pun sekejap entah lah apa yang masih di fikirkan.

Jam menunjukkan masuk waktu subuh aku pon bangun dan mandi seperti biasa dan solat subuh. Selesai segalanya aku mula mengemas bilik dan buat kerja kerja yang sepatutnya di luar rumah . sempatlah juga capai kamera digital merakamkan suasana pagi di dalam kampung ni.

ermmmm alangkah indah dan bahagia jika suasana sebegini terus di kekalkan. Pembangunan cukup sekadar keperluan bukan berlebih lebihan agar tak ada pembaziran dan menyakitkan mata memandang.

Yang penting sekarang adalah pembagunan diri dan insan , bukan lagi pembangunan prasarana yang tak adakalanya kurang faedahnya. Masyarakat dahagakan nilai nilai bersama dalam hidup kasih sayang, pemuafakatan, kijiranan dan pelbagai lagi contoh contoh kehidupan masyarakt kampung zaman dulu.

Jangan kita berpolitik sampai naik menyampah mendengarnya setiap hari ada sahaja berita pasal politik. Sudah sudahlah berpolitik tak sampai ke mana pun. Akhirnya merugikan semua rakyat dan negara. berpalinglah di kiri dan kanan lihatlah riealitie hari ini ke mana kita nak tuju?? jangan gadaikan masa depan negara dan masyara kat ke kancah yang menghancurkan. yang sudah tu sudahlah terima ajerlah apa yang di takdirkan Allah.

apa ler yang aku merepek ari ni kan ?? hehhe entah ler saje je nak taip. oklah semua maaf jika ada yang tersinggung dan yang terasa. semua ini untuk nilaian kita bersama agar yang baik kita sebar sebarkan yang buruk kita perbaiki mudah mudahan bumi Allah ini Aman Harmoni.

Sekian Wassalam


Thursday, August 6, 2009

Jiwa Terusik Kembali

Salam Nisfu Syabaan kepada semua....







Ya Allah.... sekali lagi jiwa aku rasa terusik dan kembali tersentuh bila mana saat kebahagiaan jiwa di rentap dan di sentap... hilang kembali arah yang aku susuri... mengapa ini semua berlaku..
bila kita Ikhlas inikah balasan nya.. uhuuhh hati begitu pedih sedih dan hiba bila ini berlaku. Tahap kesabaran ada batasnya tahap kekuatan adakalanya akan lemah begitulah sebaliknya. apakah daya yang ada lagi jika berterusan sebegini.

Kepada seorang sahabat yang aku anggap dialah yang terbaik selama ini sungguh aku tak menyangka semua ini berlaku. Aku sudah sedaya upaya memperbaiki dan melindungi setiap penjuru hubungan agar terus berdiri utuh tapi keruntuhan tetap juga menjadi perjuanganmu..




Ya Allah hati ini menangis, merintih & pedih terhiris..bagai di tembusi peluru yang laju dan tajam menikam. hahuhuhuhuh kepadaMu aku merayu Ya Allah kuatkan kembali semangatku dan Iman ku ini untuk memperbaiki akan kelemahan diri. Kesenangan yang datang tak akan selamanya dan begitulah sebaliknya.

aku mengharapkan sebuah perhubungan ini terus berdiri berpanjangan dengan rahmat dan izin Allah. walaupun ia telah berlalu inilah ujian yang Allah mahu mentarbiahkan hambanya supaya mengambil iktibar dan nikmat dari apa yang berlaku.




sama-samlah kita berdoa agar ada jalan yang membahagiakan kepada semua...


Salam Nisfu Syabaan...


Tuesday, August 4, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....





Kedatangan Ramadhan Hampir dengan kita... sungguh rasa terharu dan hiba bila mengenangkan kedatangannya bukan kerana akan berlapar tetapi mengimbau kenangan zaman kanak kanak dulu bila bulan puasalah masa yang paling mengembirakan.. nak patah balik ke zaman tu tak mungkin berlaku... hehhe

nak di ceritakan masa zaman tu la juga membuatkan kita terkenang kepada orang yang kita sayang pergi menghadap Allah, tak dapat nak berbuka bersama dan bertarawikh bersama sama. masa zaman aku dulu tarawikh memang tak pernah nak tinggal. sebab ada tadarus Al-Quran lepas abis solat Tarawikh.

member member yang lain ada tugas bentara membasuh pinggan magkuk untuk moree berbuka tadi... wah syok nyer zaman tu.. dapat duit plak tu ... padahal niat di hati bukan nak kan duit atau habuan tu sekadar ikhlas nak membantu orang orang surau. tapi bila orang surau dah hulur tak kan kita nak biarkan kenalah gak ambik... betul tak?? hehhe

duit tu tak kemana sebab kumpulan aku memang tak merokok , cuma berhabis main mercun tak habis habis.. ermmm yerlah masa tu mana ada handphone nak top up top up ni... gi surau pun naik basikal jer. mana ada motor macam sekarang ni. anak di manja manjakan ngan harta motor lah kereta lah pastu bukan nak dengar cakap mak bapak melawan cakap lagi adalah... hurmmmm tak sama dengan zaman dulu...

nak taruh gambar dalam ni pon tak leh sebab dulu tak ada kamera digital hehhe kalau tidak memang mengibaulah punya... hehehhe kami suka mengusik orang kampung dengan "hantu pocong" hehhe memang real punyalah... kalau buat filem gerenti panggung penuh pecah le... hahhhahah

mana tak nye siap ada bau kemiyan & asap daun daun . memang seram la sape yang lalu kawasan tu hahhaha kami mulakan operasi menyakat tepat jam 12 malam bermula di tanah perkuburan hehheheh seram kan dengar... ermm tapi nak takut apa bulan puasa... hahahha

di situlah kami bakar kemiyan dan asap asap dari daun daun kering pokok yang ada..... nak di ceritakan satu malam tu ada sebuah teksi nak lalu kawasan tu terpaksa patah balik dengan mengunakan gear 1 agaknya sampai naik semput kereta tue dah la kete lama al maklumlah bunyi bukan main kuat tekan minyak nak pecut ... ya Allah.... kesian hehhhe

kemudian sebe;lah malam kemudiannya pulak... sepasang suami isteri naik motor baru balik pasar malam agaknya naik motor honda kapcai c50 punyalah slow jer orang belari agaknya sampai dulu hehhe member member memang dah standby tepi jalan dengan serba putih pocong nie, agak tengah rancak berbual gamaknya atas motor tetiba mungkin mereka berdua nampak kelibat pocong buatan ni terus diam, si Isteri siap bagitau dengan suara terketar ketar pada suaminya " abang ada hantu kat belakang nie" suaminya plak boleh jawab " buat je tak nampak "
hahahhahaha kelakar betul pakcik makcik tue hehhehhe last last last suaminya plak bagitau isterinya kat depan abang ni pon ada hantu hahhhahhaha

begitulah ragam kami dulu masa kat kampung.. bermalam pulak kat surau.. siap orang kampung boleh tanya korang tak takut ke tidor kat surau orang bising bising pasal hantu korang biasa je .Orang kampung memang tak syak kami sebab muka kami semua baik baik hahhaha....

lepas tu barulah nampak kemasyarakatan orang kampung meriah datang surau semakin ramai nak tahu perkembangan pasal hantu kat kampung kenduri moree makin bertambah tambah orang kasi sedekah hehhehe nilah penangannya bila jadi huru hara pasal hantu kat kampung. nak tak nak semua ini ada kebaikan yang tersirat. lagi pun kami dah pakat ngan Pak Imam agar tak bagitau pada semua hehhehe

4 tahun berturut turut cerita ni tak ada siapa pon tahu sehinggalah umur makin meningkat ni hanya menjadi memori indah yang tak boleh di lupakan masa bulan puasa. bila member member lama balik kampung cerita ini pasti mengimbau kenangan ... hehhehe

yang mana tahu citer ini akan ketawa terbahak bahak kalau yang tak tahu tu jadi blur sekejap.. sebab mungkin tak masuk masyarakat kampung ermmm apa apa pon semua tu kenangan Indah

Selamat Menyambut kedatangan Bulan Ramadhan , Mudah mudahan Ramadhan kali ini memberikan kita lebih kekuatan IMAN serta mengukuhkan Ukhuwah kita sesama kita.



Monday, August 3, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA RABBANI, RAIHAN, HIJJAZ & SHOUTUL HAROKAH

SALAM BUAT SEMUA...

Tanggal 1 Ogos sekali lagi kaki ini melangkah ke Stadium Malawati Shah Alam menyaksikan Konsert anjuran Rabbani Productions sdn.bhd dan Gamis ( Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia) dengan Penaja Utamanya Permata Hijrah Sdn.Bhd bagi menjayakan Konsert Antara Dunia menggabungkan Kumpulan Nasyid Terbesar & Hebat tanahair iaitu Rabbani, Raihan, Hijjaz dan tak lupa juga artis jemputan dari seberang Shoutul Harokah.

bermula konsert jam 9 malam, agak terlalu lewat.. di mulakan dengan persembahan kanak kanak tabika di kawasan berdekatan Shah Alam mungkin. tak pastilah plak dari mana.. tetapi boleh di ketegori menghiburkan jugalah... hehe

Penonton dan juga peminat bleh di katakan ramailah juga, dalam anggaran kasar 4 ribu penonton. agak memberangsangkan, termasuklah mahasiswa Gamis sendiri.

Konsert tersebut telah di rasmikan oleh Tok Guru Nik Aziz b. Nik Mat ( Menteri Besar Kelantan) dalam upacara serba ringkas tersebut Tok Guru hanya menyampaikan beberapa rangkap pantun melayu yang boleh di katakan "Masyuk" dalam hati dan jiwa sesiapa yang merasainya... hehhe

Saya duduk di barisan ke 4 kerusi Vip Rabbani bertentangan dengan tempat duduk Tok Guru.. walau apa pun semua itu tak lama kerana Tok Guru perlu balik awal tepat jam 10 malam beliau telah pulang sebelum Raihan membuat persembahan pembukaan malam konsert tersebut.

apa apa pun konsert tersebut boleh di kategorikan memuaskan, oleh kerana sistem Audio dan Visual yang jelas serta tempat duduk yang selesa. selain itu juga kawalan keselamatan perlu di tiik beratkan sedikit demi menjaga keselamatan penonton. saya lihat para ibu bapa tidak menjaga karenah anak anak semasa menyasikan konsert tersebut.

ini boleh mengundang pelbagai masalah lain kiranya berlaku sesuatu yang tak di ingini. tak perlulah berikan contoh tetapi mungkin kita boleh nilaikan sendiri...semua ini adalah utk kebaikan bersama mungkin malam tersebut tak kita sedari seorang kanak kanak kehilangan ibu bapa di paparkan di skrin layar kanan kiri pentas tersebut. ini sedikit sebanyak menganggu penghayatan kita terhadap sesuatu yang ingin di sampaikan.

nak bawa anak boleh tetapi awasilah nak supaya tak menjadikan masalah pada pihak penganjur serta orang lain. walau apa pun konsert berjalan dengan sempurna dan baik. ada sedikit sedikit masalah tu biasalah ciptaan manusia mana ada yang sempurna , tabik kepada semua petugas petugas malam tersebut. semoga ada konsert akan datang war warkan kepada semua mungkin iklan di media media Massa supaya sampai kepada tunjang sepatutnya menonton konsert tersebut.

sekian dahulu tengok tengok la gambar ni nanti sedikit je ni sebenarnya hampir 250 keping ....

Wassalam




































Friday, July 31, 2009

Konsert Antara Dunia



Assalammualaikum...
nak citer pasal konsert Antara Dunia esok akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam Jam 8.30 malam... antara artis yang bersama membuat persembahan malam tersebut adalah Rabbani , Raihan & Hijjaz serta artis jemputan dari Indonesia houtul Harokah yang menggantikan kumpulan popular, Ungu.


Bukan sekadar berhibur, konsert anjuran Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ar-Raziq Travel & Tours Sdn Bhd atas paksi kemanusiaan dan sarat dengan nilai murni itu dilaksanakan atas tujuan amal bagi mengumpul dana tabung pembangunan insan bagi Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis). Konsert itu mendapat tajaan Permata Hijrah.

Sebahagian hasil penjualan tiket akan disalurkan kepada fakir miskin dan anak yatim di Malaysia juga mangsa tsunami di Acheh. Malah, Rabbani dan Gamis berhasrat untuk ke negara yang pernah dilanda musibah itu untuk menyampaikan dana atas tabung pendidikan selepas Aidilfitri nanti.


Asalnya Rabbani, Hijjaz dan seorang anggota Raihan, arwah Azhari Ahmad adalah satu kumpulan. Mereka bernaung di bawah satu kumpulan nasyid bergelar Nada Murni, bagaimanapun, mereka kemudiannya berpecah.

Mengimbau sejarah lalu, Nada Murni mempunyai 20 anggota termasuk anggota Rabbani, Raihan dan Hijjaz. Selama 10 tahun bersama sejak 1986, akhirnya pada 1996 masing-masing berpecah kepada tiga kumpulan yang mana 13 anggota bersama Rabbani, empat bersama Hijjaz dan seorang daripadanya menyertai kumpulan Raihan. Dan bersama Nada Murni, mereka mempunyai lebih 44 album selama 10 tahun bersama.

ni adalah gambar-gambar yang masih dalam simpanan saya yang terdapat di kulit album-album meraka yang lalu.

Azadan berkata, Konsert Antara Dunia bakal mencipta sejarah yang tersendiri apabila menampilkan konsep penceritaan lima alam iaitu alam roh, kandungan, kelahiran, barzakh dan akhirat.

"Ia adalah konsert lain daripada yang lain, selain tampil dengan talidrama dan sufirama yang membabitkan anggota Rabbani, kami juga akan melakukan pentomen pertarungan bersama Hijjaz. Persembahan seumpama ini pernah dilakukan ketika bersama Nada Murni dulu.

"Konsert berlangsung selama lebih dua jam akan bermula jam 8 malam. Tiket boleh didapati serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 (dewasa). Tiket VIP pula berharga RM50 dan untuk pakej keluarga yang
membabitkan dua tempat duduk VIP dan empat kanak-kanak boleh didapati dengan harga RM100.

"Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi talian 603-6272 1225 atau 013-628 8614 atau layari laman web,www.rabbani.com.my," katanya.


Jom pergi ramai ramai...

>>> Munif Ahmad ( Hijjaz ) semasa menjadi Vokalis II Nadamurni & Pemuzik Nadamurni
>>> Ustaz Asri ( Rabbani ) Vokalis I Nadamurni yang Mantop!! serta pemuzik Nadamurni Isman Nadim turut kelihatan.

>>>Nazrey Johani , Allahyarham Azahari Ahmad, Abu Bakar , Allahyarham Salleh Ramli & Mohd Abdillah ( The Zikr ) kumpulan asal kini di gelar Raihan... & gambar sebelah kanan ini adalah kumpulan Nadamurni yang asal...


Thursday, July 30, 2009

Jalan jalan ke Penang 2009

Segala puji pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T ,Alhamdulillah Bersyukur sangat sangat di beri peluang dan ruang untuk menjejakkan kaki ke bukit bendera yang dah lama aku nak jejak sejak dari zaman sekolah lagi... akhirnya termakbul juga.

Dulu pernah sampai kawasan tu tapi atas sebab yang tak dapat di elakkan tak kesampaian untuk menaiki ke puncak atas tu.wahhh hebat gak naik train ngan minah minah mat salleh yang peramah dan suka senyum simpul, nak tak nak kenalah layan gak diorng nie senyum gak ler...

perjalanan bermula jam 5.30 pagi dar rumah ke taping sampai dalam kul 6.30 lepak dan tido sebentar di stesen minyak Shell untuk melelapkan mata dan solat sambil-sambil membuang apa yang tak sepatutnya, biasalah pagi pagi yang sejuk mencengkam perut. hehhe

bergerak ke Pulau Pinang lebih kurang jam 8 pagi, memandu kete agak laju la gak tapi masih mematuhi jalan raya insya Allah. Dalam perjalanan yang agak sunyi dan lancar tu membuatkan perjalanan menjadi selesa, Sampai di kaki bukit bendera lebih kurang dalam jam 9.30 pagi

selesai membeli tiket keretapi sempatlah pose pose dalam keretapi. ramai gak orang walaupun bukan hari minggu. hhehehe best best tak sabar plak rasa nak naik. ermmmmm dapatlah lupakan masalah yang melanda dalam diri. konflik dalaman membuatkan aku berjalan sana sini . biarkan masalah itu bernoktah di situ... lupakan jer.

sampai puncak apa lagi pose untuk bergambar ler sejuk dan nyaman je suasana nyer terasa damai sungguh ciptaan Allah. Maha Hebat dan Maha Indah ciptaan Allah. Perut terasa lapar singgah sebentar makan laksa yang perghhhhh sedap tuh....memang berbaloi.... tak cayer pergilah makan... heheh :)

tengok baju baju yang cantik sempat gak la sambar beli 3 pasang untuk anak buah.. jadilah nak beli banyak banyak pon nak buat apa kang tak terpakai plak . pastu apa lagi bergambar sakan la atas bukit bendera ni. sejuk dan nyaman suasana atas bukit ni macam tak nak turun je. tapi kena turun gak. hahahha

lebih kurang 3 jam dok atas bukit ni jalan sana sini. turun dari bukit gi jalan jalan ke Queensbay plak gi shooping kat Padini beli baju baju yang rasa murah kot 70% diskaun tak beli rugi kan? so sambar gak lagi... hhheheheh abis le...

balik ke perak dalam kul 5 ptg dan sampai ke LUMUT dalam kul 8 malam sempat lah tengok berita kt bilik... tu je la yang dapat di coretkan.. nanti nak jalan jalan ke lain la plak nak ikut nanti bagitaulah ok... hehhe
salam wassalam
















Tuesday, July 28, 2009

Perihal Kursus...

ni antara gambargambar yang di ambil dlm bilik penginapan semasa kursus ari tu, sempat gak la kuar jalan jalan ke putrajaya gi Alamada beli barang sket hehhe tengok je la ek? nak komen silakan tak ada sape marah pon malas nak tension tensionkan kepala lagi dah.....









Terus Belari .... Agar Bumi tak berhenti.... terus berdoa Agar ada Rahmat dariNya Bangkit dari kepayahan supaya diri tak mudah di permainkan lupakan resah di hati ...jgn ikut mati hati akan mati....

Sunday, July 26, 2009

Genap sudah....

hari ni genaplah umur aku ... terpaksa bertugas Eskot dan kawalan trafik pagi-pagi lagi di sekitar Manjung nie hehhe , keadaan hujan lebat sungguh pagi tadi dah lama bumi manjung ni tak di basahi dengan air hujan... , Mungkin ada rahmat sebaliknya...
nilah sebalik gambar Candid segenap umur yang meningkat di hari lahir... hehhhe







Saturday, July 25, 2009

Tiba Masanya

Alhamdulillah Syukur atas rahmat dan kurnia yang engkau berikan kepadaku ya Allah....
Esok 26hb Genaplah umur aku 30 tahun ...
banyak cabaran dugaan peluang dan harapan masih tertanggung dan di tanggung semua ini akan aku tempuh dengan redha serta berserah padaMu.. RahmatMU begitu luas untuk ku gapai dan ku diami terasa kerdil dan hina apabila mengenangkan QaharMU .
di akhir waktu yang ada ini ku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir buat ku. Sebenarnya hari Tua... bkn baru lahir..apa apa pun semua ini dah berjalan dan akan terus berjalan.. waktu begitu singkat di rasa apabila kita semakin meningkat usia... Hidup mati semuanya kita perlu rasa kebenarannya...
aku mohon kepadaMu ya Allah limphakanlah rezeki serta kesihatan yang baik untukpku terus beribadah kepadaMU.. dekatkan hatiku dan diriku kepadaMu selalu..kuatkan semangat dan azamku untuk mengigatiMu selalu..

Ameen Ya Rabbal Alamei`en...







Friday, July 24, 2009

iLHAM

Assalammualaikum buat semua..
di sini saje nk kongsi-kongsi hasil fotografi.... hehhe tak pandai sgt...
ni lah antara gambar-gambar yang di shoot semalam dan kelmarin....
ada banyak lagi, nanti akan di updatekan ni mata dah ngantok tapi masih nak update blog.... hehhe
apa-apa komen la ek?? tak ada apa pon just untuk tatapan mata

sekian..













Thursday, July 23, 2009

Exam KENAIKAN PANGKAT DI KUALA KANGSAR

22hb Semalam penat balik dari ILSAS belum lagi habis aku di terjahkan plak ke Kuala Kangsar untuk menghadiri ujian peperiksaan kenaikkan pangkat plak... nak tak nak kena gak la gi.. ikutkan memang dah penat gile nak drive...

bertolak awal pagi ke sana kul 5.15 kuar dari rumah menuju ke Kuale... fuhh seram & sejuk jalan nyer hehhe apa apa pun" terjah " je la... semua ni ujian... hahhahah sampai di sana dalam kul 6.50pagi.. sempatlah lelapkan mata sebelum menghadiri ujian tu..

nampak gayanya soalan yg kuar semuanya yang ada aku baca "Alhamdulillah" semua ni mungkin berkat doa kawan kawan agaknya.. cuma bergantung nasib jika ada rezeki di panggil untuk temuduga pula nanti..

sesi ujian di akhiri dengan soal jawap oleh panel pemerhati mengenai situasi semasa... apa apa pun memang badan aku penat giler nak dengar semua tu rasa nak balik awal nak tido...

gambar pon aku ambik tak banyak sebab kepenatan.. heheheh jumpa lagi seterusnya di coretan yang akan menyusul...








Wednesday, July 22, 2009

KURSUS DI ILSAS BANGI ( KEWARTAWANAN)

19~21hb aku di senarai pendekkan untuk mengikuti satu kursus Kewartawanan & Fotografi di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah(ILSAS), Bangi Selangor berhampiran ngan Uniten. heheh mencabar gak la Kursus ni walaupun ini adalah pertama kali mengikutinya terasa macam best la plak.. mencabar & tercabar Misi nya... banyak pendedahan di leraikan satu persatu oleh tiga (3) orang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia ( UUM ) sintok, Kedah. Hari pertama kursus bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, pastu sambung kelas malam dari kul 8.00 hingga 10.30malam kelas fotografi pulak.

saat di nanti-nantikan adalah belajar Fotografi.. bestnya.. tak sangka dapat belajar benda-benda ni semua. apa-apa pon memang Hebatlah Pensyarah-pensyarah UUM nie , mereka ni adalah bekas-bekas wartawan akhbar popular & terbesar kat Malaysia ni.

banyak gak citer tentang artis, politik & macam macam lagi kat malaysia ni. hehheh :)
kat sini aku masukkan sikit je gambar gambar semasa mengikuti kursus ni. cukup la tu kan? banyak banyak nanti boring plak tengok

oklah setakat ni je yang aku nak citer tentang kursus ni apa apa pun memang enjoy kursus ni. akhir kursus kami di berikan sijil penyertaan yang di keluarkan oleh UUM . tak sangka plak dah di lantik wartawan kecil... Syukur Alhamdulillah..

sekian Adios...
Jumpa lagi..
Wassalam














Monday, July 20, 2009

Kursus Kewartawanan & Fotografi

19 ~ 21hb aku telah di hantarkan ke Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) , Bangi untuk meneyertai kursus Penulisan Berita Koporat & Fotografi, Fuhhhhh!!!

Dahsyatkan bunyi nyer hehehe tapi biasa jer kursus selama dua hari ni di Anjurkan bahagian Koporat TNB kepada semua Bahagian dan Jabatan TNB yang di kendalikan oleh 3 orang pensyarah Universiti Utara Malaysia
(UUM) .

bukan calang calang orang yang datang mengajar nie... bekas dan ketua pengarang akhbar terbesar di malaysia nie... Hebat tue... !!! gambar gambar serta hasil kerja yang aku buat kat sini nanti akan aku pamerkan kt sini nanti.. sebab kursus akan habis esok jam 5.30 petang. apa apa pun kenalah tunggu ok? hehhee




Friday, July 17, 2009

Ronda-Ronda Di Teluk Batik

Satu malam ari tu kitaorg ronda-ronda satu lumut bawa sorang member dari kedah , sorang tu adalah kawan aku masa kt kampung lagi tapi dah pindah ke Ayer Tawar . Macam manalah baju korang ni boleh sama? nasib la aku tak pakai baju warna putih... nasib tercapai baju warna hitam hehhehe . Bergambar sakan dalam gelap-gelap gelita.tak tau lagi nk bawa pusing-pusing ke mana , walaupun malam tersebut gelap tapi apa pun masih jelas imejnya.Kelakar gak diaorg nie bleh la menghilangkan boring aku kt sini. Lepas ronda-ronda kitaorg gi makan kt kedai TomYam apa-apa pun terima kasih la kt korang . semoga ketemu lagi Insya Allah









Clik gambar untuk membuat ucapan

Salam Takziah (03-08-1969 ~ 13-08-2009)

Salam Takziah (03-08-1969 ~ 13-08-2009)
Clik Gambar untuk cerita lanjut

Tribute Ustaz Asri, Buat Insan Yang merinduinya

;

Konsert Malam Imbauan Memori bersama Rasullullah

Konsert  Malam Imbauan Memori bersama Rasullullah
Clik Gambar ini untuk keterangan lanjut, di Dewan Perdana Lahad Datu sabah, bulan Oktober 2009

Gambar Bermadah

Gambar Bermadah
Di Ambil Pada Hari Raya AidilFitri 1429 Di Kg Pdg Tembak, Lumut Perak

Islamic Hijri Calendar